Tuesday, January 13, 2009

Siapa banyak guna wang


Apabila kita melalui jalan depan Bukit Besar terpapang bendera parti yang bertanding dalam kempen pilihanraya Kecil P036 Kuala Tereengganu iaitu bendera PAS dan UMNO.

Apa yang menarik saiz bendera tersebut telah menyaingi antara satu sama lain. Jika kain yang begitu besar digunakan berapa pula agaknya wang yang dibelanjakan untuk membuatnya. Bermanafaat kah tidak dengan jumlah wang tersebut dibelanjakan untuk semata-mata membesarkan lambang parti sahaja. Cukup kah dengan lambang besar-besar tetapi rakyat yang sebelum ini menyokong tidak dihiraukan. Namun terus menerus mengatakan sebelah pihak lagi membazir, rasuah dan bermacam-macam kata-kata nista yang dilemparkan. Cukupkah dengan kata-kata sahaja tetapi semua kebaikan, kemakmuran dan perit pedih kemerdekaan yang diusahakan pejuang terdahulu langsung tidak dihargai. beginikah pemimpin atau parti yang kita mahu memilih untuk perintah negara kita. Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Terengganu. TK.

No comments:

Post a Comment