Friday, December 26, 2008

Sudah masanya

Kuala Terengganu seakan diserang bala tentera yang meliputi pelbagai pasukan yang datangnya di seluruh dunia. kalau dulu laksamana perang akan mengetuai sesebuah pasukan, tetapi di Kuala terengganu bezanya pasukan perang digerakkan oleh bala tentera tterdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, parti politik, pertubuhan, orang berpengaruh, toukeh-taukeh besar, saudagar-saudagar dan lain nama yang tidak kurang masyhurnya.

Namun sedarkah kita apakah semua ini. kenapa begitu menarik orang tertumpu di Negeri Terengganu masa kini. Ya lain tidak bukan semata-mata mahu melibatkan diri, melihat, memantau pergerakan di awal, di pertenggahan, di hari penamaan calon, kempen, perang poster, silap-silap kaki tangan turut berkempen singgah di badan-badan lawan masing-masing. Apa yang terjadi ialah bermula 6 Januari hingga 17 Januari 2009 merupakan perjalanan proses pilihanraya bagi Parlimen P 036 Kuala Terengganu. Itulah dia semua orang begitu sibuk ke hulu hilir, mencari apa jua maklumat pilihanraya ini daripada pelbagai sumber.

Satu perkara perlukah semua ini kita lakukan. Sehinggakan kadang-kadang kita terpaksa meninggalkan urusan harian kita. Kalau kita lihat bagi rakyat negeri Terengganu sendiri, proses pilihanraya kecil P 036 ini amat menguntungkan mereka terutama yang memiliki rumah di kawasan bandar. Sudah pasti di saat ini permintaan kepada tempat tinggal dan penginapan begitu tinggi sekali. Pantang ada rumah kosong terus disambar orang untuk menyewanya. kalau dulu rumah papan di tepi bandar ini hanya 100 hingga 300 sebulan, tetapi kini sewanya melambung tiga kali ganda. walaupun tempoh tinggalnya kurang sebulan. Misalnya homestay kalau dulu RM 250 sehari kini mencecah RM 800 sehari. Bukan itu sahaja malah makan minum dan harga barangan sewenang-wenangnya dinaikan oleh saudara para peniaga kita.

Dalam hal ini penyewa, pengguna, pembeli adalah pelbagai golongan. Dan pembekal, pemilik dan pengusaha perkara-perkara yang disebutkan di atas adalah warga tempatan yang terdiri daripada penyokong PAS ataupun BN. jadi isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan seperti dinyatakan di atas siapa yang mengamalkannya. Adakah BN atau pun PAS atau pun rakyat mane..

Pengguna, penyewa atau yang mahu mencari rumah ini terpaksa membayar lebih semata-mata mahu tinggal di sekitar bandar Kuala Terengganu ini. Sebenarnya fenomena ini berlaku di semua tempat tak kala menjelangnya pilihanraya kecil seperti di Kuala Terengganu ini.

Penulis sendiri pernah dikatakan oleh beberapa pak cik di sekitar bandar K Trg ini ketika mahu memperbaharui ansuran tahunan motor di sebuah kedai Syarikat Kurnia Insuran. Saya kurang jelas sebelum ini syarikat insuran telah pun bersepakat menaikan kadar insuran tahunan bagi kenderaan melebihi 10 tahun kepada 60 peratus. Saya amat terkejut kerana sebelum ini hanya membayar RM 63 setahun tetapi minggu lepas saya terpaksa membayar RM 112. Ada seorang pak cik disebelah saya menyindir kalau nak murah kenalah tukar kerajaan katanya. jadi saya pun hairan dengan keadaan itu, lalu membalas balik jumlah bayaran tersebut adalah pihak swasta yang bersepakat menentukannya. Siapakah yang hendak dipertanggungjawabkan atau perlu diberi nasihat untuk bertukar.