Friday, March 6, 2009

Pilihanraya Kecil datang lagi

Sudah ditakdirkan di Malaysia sehingga kini sudah empat tempat akan berlakunya pilihanraya kecil (PRK) termasuk yang telah dilaksanakan di Kuala Terengganu, muncul kembali. PRK ini seperti diketahui akan berlaku di Kedah, Perak dan Sarawak. Apakah semua pihak sudah bersedia. Maka rakyat malaysia akan disajikan semual plot-plot cerita, bahan-bahan kempen, isu-isu hangat, tuduh menuduh dan perkara-perkara yang di luar jangkaan akan berlaku. Mari kita sama-sama tunggu dan saksikan episod seterusnya.

Tuesday, January 13, 2009

macam-macam ada

Ramainya yang datang tak guna duit ke. tak membazir ke, tak letih ke jalan jauh-jauah. Depa ni kalau kena tang depa semua ok je. langsung lupa kata-kata tuduh membazirlah dan apa-apa lagi yang dikatakan sebelum ini.

Tak kira tempat main hemtam sahaja


Lihat tuan-tuan, keghairahan berkempen kawan kita ini pantang ada tempat semua hendak diletakkan logo/lambang parti mereka. Aduhai pak Haji, Imam, bilal nampaknya hari-harilah tengok bulan. Berpada-padalah. Terima kasih.

Siapa banyak guna wang


Apabila kita melalui jalan depan Bukit Besar terpapang bendera parti yang bertanding dalam kempen pilihanraya Kecil P036 Kuala Tereengganu iaitu bendera PAS dan UMNO.

Apa yang menarik saiz bendera tersebut telah menyaingi antara satu sama lain. Jika kain yang begitu besar digunakan berapa pula agaknya wang yang dibelanjakan untuk membuatnya. Bermanafaat kah tidak dengan jumlah wang tersebut dibelanjakan untuk semata-mata membesarkan lambang parti sahaja. Cukup kah dengan lambang besar-besar tetapi rakyat yang sebelum ini menyokong tidak dihiraukan. Namun terus menerus mengatakan sebelah pihak lagi membazir, rasuah dan bermacam-macam kata-kata nista yang dilemparkan. Cukupkah dengan kata-kata sahaja tetapi semua kebaikan, kemakmuran dan perit pedih kemerdekaan yang diusahakan pejuang terdahulu langsung tidak dihargai. beginikah pemimpin atau parti yang kita mahu memilih untuk perintah negara kita. Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Terengganu. TK.

Siapa besar